Sunday, February 17, 2013

Setia Hujung Nyawa ♥


 

Assalammualaikum. Terlebih sekali hajar nak kongsikan tentang novel yang baru hajar beli nie, Novel Setia Hujung Nyawa :) Mesti semua orang tahu kan tentang novel nie, lagi-lagi cerita nie tengah hot dekat slot akasia TV3. Haa, jangan lupa! Dah nak akhir daa.. Jangan lepaskan peluang tengok! Mesti happy ending last episod nanti kan? Btw, hajar dah habis baca dah novel Setia Hujung Nyawa nie. Seriously, banyak sangat konflik yang berlaku. Tak rugilah beli novel nie. Bila fikir-fikirkan susahnya kan hidup berumah tangga.. Suatu hari nanti kita semua akan lalui jugak right?. Haaa, hajar nak kongsi sedikit lah pasal sinopsis cerita Setia Hujung Nyawa nie..

         Sinopsis Novel 'Setia Hujung Nyawa'

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi penasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari  bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar.

 Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah 'menyentuh' isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya.

Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa. ~

Haaa, nie lah sedikit sebanyak sinopsis dan konflik yang berlaku dalam novel karya Fatin Nabila nie. Sedih sangattt! Kalau nak tahu lebih lanjut, kenalah beli sendiri yea :D Okayylah sampai sini saje hajar ber-blog. Nanti hajar update yang baru okayy.. Love SH. XOXO ! Publish :')

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates