Sunday, February 17, 2013

Belangsungkawa Allahyarham Adik Ahmad Adam Syukri .. .

Assalammualaikum :)




Al-Fatihah buat arwah adik Ahmad Adam Syukri dan Takziah buat seluruh keluarganya semoga mereka tabah dan sabar mengharungi dugaan dari Yang Maha Kuasa.


Lahir pada 4 Mac 2012 telah mengalami Brain Damage Severe HIE (Hypoxic Ishemic Encephalopaty) atau lebih dikenali sebagai kerosakan pada saraf otak. Lahir secara vacuum dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen. Scam MRI menunjukkan otak adik Ahmad Adam Syukri mengalami kerosakan yang teruk. Hidup adik Ahmad Adam juga bergantung dengan mesin oksigen yang dibekalkan untuk terus hidup, dia juga terpaksa menggunakan mesin suction kerana adik Ahmad Adam tidak berupaya menelan air liur. Mata kanan adik Ahmad Adam mengalami injured begitu juga dengan telinga kanannya juga tidak dapat mendengar kerana kerosakan dalaman. Doktor pakar otak mengesahkan jika adik Ahmad Adam hidup, dia akan terlantar seumur hidup kerana penyakit ini amat tipis untuk sembuh. Doktor pakar otak juga mengklasifikasikan kerosakan otak adik Ahmad Adam ini sebagai kematian saraf otak.



Kepada yang mengikuti perkembangan arwah adik Ahmad Adam Syukri ini di Facebook tentu tahu, sejak selasa lalu adik Ahmad Adam Syukri menunjukkan tahap kesihatan yang terlalu lemah, arwah mengalami demam panas, paru-paru dijangkiti kuman dan oksigen juga makin berkurang. 

Kisah ini pernah dipaparkan dalam MHI (Malaysia Hari Ini) pada 10 Oktober 2012, dan pada pagi tadi 8 Februari 2013 MHI sekali lagi memaparkan rentetan hidup arwah adik Ahmad Adam Syukri sehingga urusan mengkafankan jenazahnya selesai.



Perjalanan akhir jenazah adik Adam Syukri di pangkuan ibu
"Allah tidak memberati (menguji) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya" 
(Al-Baqarah : 286)

"Dan sungguh kami benar-benar akan mengujimu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta serta hilangnya jiwa dan sedikitnya buah-buahan"
(Al-Baqarah : 155)

"Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran pasti akan ada kemudahan"
(Al-Insyirah : 6)

      Setiap musibah dan dugaan yang diberikan Allah kepada umatnya akan dapat menghapuskan dosa. Kedua ibu bapa arwah adalah insan yang terpilih dan hebat untuk menghadapi dugaan dari Allah.. Mungkin satu hari nanti Allah akan kurniakan kepada kedua ibu bapa arwah ganjaran yang berlipat kali ganda atas kesabaran mereka. 


Sumber :
  ~ Facebook MHI

Please fly away SADNESS! :(

La takhaf wa la tahzan innallaha ma'ana :(
Ya Allah, kenapa laa hati hajar nie sedih sangat. Daripada semalam air mata tak berhenti-henti mengalir sama macam turunnya hujan sekarang nie. Mungkin Allah faham tentang kesedihan hajar :/ Penatnya.. penat menangis. Biarlah mata nie nak bengkak sekalipun asalkan hajar dapat pulihkan balik senyum di wajah. Hajar tak nak tunjuk rasa sedih dekat orang lain, biarlah dorang hanya nampak bibir hajar nie tersenyum :) Even sebenarnya hampir setiap malam sebelum tidur hajar akan menangis. Menangis bila penat, sedih, kecewa, rasa terluka, geram, rindu, semuanya! Dengan cara menangis hajar dapat muhasabbah diri selepasnya. Cuba fikir dan cari cara untuk memperbetulkan mana yang silap. Semua orang tak sempurna didunia nie, masing2 ada kekurangan masing2. Macam tuu  jugak hajar, mungkin kelemahan hajar, hajar jenis orangnya yang mudah tersentuh,menangis dan jugak memaafkan kesalahan orang lain. Ada yang cakap sebelum kita tidur, kita mesti muhassabah diri kita dan memaafkan orang lain, itu yang cuba hajar praktikkan sehingga kini. Alhamdulillah lepas tuu hajar akan rasa tenang hati untuk tidur. Cuma, kekadang terfikir kenapalah hajar diuji dangan bermacam-macam masalah, agaknya ujian yang dihadapi hajar sekarang nie sedikit sebanyak mematangkan hajar and buat hajar lebih stronger! Sabarlah wahai hati.. Biarlah menangis sekarang asalkan bahagia menjelang kelak :) Bila sedih jea hajar dengar lagu 'Langit Menangis by Nazim Othman'. Terus lega sikit hati.. Bagi hajar dengan menangis laa dapat releasekan segalanya! Itu jea satu2 cara hajar nak buang sedikit perasaan sedih nie. Mungkin masih ada sisa-sisanya, tapi at least kuranglaa sedikit rasa sedih tuu selepas menangis (: Bila hajar sedih pun hajar selalu amalkan baca doa nie "LA TAKHAF WA LA TAHZAN INNALLAHA MA'ANA". Alhamdulillah lepas berkali-kali hajar baca doa nie, automatik rasa sedih tuu hilang sikit-sikit. Lagi mujarab dengan ambil air wudhu'. Akan rasa lebih tenang jea, sebab air wudhu' menyejukkan segalanya. Even hati yang tengah lara sekalipun -.-
K laaa, hajar saja jea nak share, maybe dengan luahkan diblog hajar akan okayy sikit. Harap-harap macam tuu lah kn. Hmm, k laa daaa uols :*

Ohhh Kimono :3

Sooo beautiful!! Could I have this? :)
Hye bloggers :) Haaaa, you guys nampak tak gambar kat atas tuuu?! Cantik kan kimono nie :3 Sebenarnya kimono nie memang tersenarai dalam list dress favourite hajar tau! Nak sangat dress kimono nie. Cantik wooohhh :D Semalam masa pergi tengok tarian kuda kepang tuu, akak cakap dia nampak pengantin perempuan tuu pakai kimono warna merah+putih. Jealousnya! Daa lah dress favourite hajar, dah tuu warna pun nak warna favourite hajar jugak :/ Untung hajar tak nampak. Grrr! ><" Balik baru akak cerita. Apalah akak nie, haaaiiihhh -.-" Well, kalau dah minat kimono mestilah negaranya, negara Jepun hajar suka, lagi2 ada pokok sakura, kalau time musim luruh, fuuhhhh mesti cantik sangat bila bunga2 sakura tuu berguguran. Teringin seyh nak jejakkan kaki di negara matahari terbit tuu :* Harap2 suatu hari nanti. hihi ^^ *berharap jea lebih.. Kalaulah dapat pergi sana hajar pun nak beli dress kimono nie, mana boleh lepaskan peluang kan :D *Sayang,buy one for me please? hee ^^ . Tak apa, suatu hari nanti mesti dapat punya baju kimono nie. Yakin betul. HAHA. Harap laa kan? Haaa, kumpul key chain pun hobby hajar jugak, seriously dah banyak key chain yang hajar kumpul. Tapi paling yang hajar sayang key chain korea  yang adik angkat hajar bagi dengan key chain singapore kawan hajar bagi. Sayang ohhh!
Hoho, k laaa dah penat daa. Nie jea kot untuk hari nie. Nanti hajar 
updates entry yang baru lagi okayy :) Doddles! XOXO :')

Kuda kepang Ooo kuda kepang

Mendukung 'Adat' dari segi budaya tapi dari segi  'Agama' berunsur Syirik? -.-"
Hye morning love, morning sunshine, morning smile, morning  uols!! Haaa, hari nie celebrate  Tahun baru Cina,  meriah kan malam semalam dengan pertunjukkan bunga api. Seriously awesome! Tapi tuu bukan laa point utama yang hajar nak cerita kan.. Hajar nak share cerita yang semalam hajar ada tengok tarian kuda kepang.. Bukan laa ini yang pertama kali, coz before this pun hajar pernah tengok jugak. Ayah hajar pun ada menceburi bidang ini jugak, tapi itu dulu laa. Sekarang daa tak lagi daa. Sebenarnya hajar takot nak tengok kuda kepang nie, guess what! Sebab dulu dekat kampung hajar pun pernah jugak hajar tengok tarian kuda kepang nie, tahu tak masa mula2 hajar memang excited giler laa nak tengok,hajar duduk laa dekat bahagian baris depan then tengah "asyik" sangat agaknya tengok, tiba2 ada sorang abang yang main tarian kuda kepang nie hulur sekuntum bunga dekat hajar, dia siap letak pewangi lagi dekat bunga tuu, hajar tak nak amik, takoooot giler! Nangis2 hajar sorok belakang ma hajar :D Abang tuu macam nak kejar hajar jee tau, yelaa dia kan tengah dalam keadaan mabuk tak ingat apa2 kan. Tapi yang buat hajar lagi takot time orang tuu libas rotan besar tuu! Serious,hajar banyak kali tersentap! Hisshhh, takot sangat bila ingat balik :/ So, tiba2 semalam depan rumah hajar nie ada buat tarian kuda kepang, kawan ayah tibe2 datang rumah ajak ayah join sekali dekat situ tapi ayah tak main laa.. First2 ingat tak nak pergi, habis akak dengan ma beria sangat nak tengok hajar pun dengan berat hati follow jea laa. Sampai jea dekat situ, kaki hajar menggigil2 daa -.-" Takot punya pasal, betul2 time hajar datang ada sorang abang nie kena rasuk tau, hajar apa lagi,muka memang dah pucat seribu daa , duduk sembunyi belakang ma hajar jea :( Tapi yang lagi takutkan hajar bila ada 2 orang yang main kuda kepang nie pakai topeng hantu tuuu, jelas menakutkan. So,hajar dengan akak decide nk tengok dari atas rumah pangsapuri tuu, takot punya pasal, HAHA.. Tengah tengok tarian kuda kepang tuu sambil text dengan si DIA, hajar pun ceritalaa pasal nie dekat dia, then dia cakap "syirik sayang". Hajar memang tahuu sebenarnya tarian kuda kepang nie dalam Islam memang berunsurkan Syirik, tapi bila ikut pada adat rasam , negeri Johor nie memang ada mewarisi tarian kuda kepang nie, katanya 'memang adat turun-temurun nak kekalkan adat nenek moyang dulu supaya tak lapuk dek ditelan zaman" Well,tahu jelaa sekarang zaman dah moden, kalaulaa ditanya anak muda zaman sekarang apa tuu tarian kuda kepang, mesti ada yang  tak tahu, yelaa tak mengikuti perkembangan adat resam laa katakan. Ayah hajar pun ada cakap jugak macam tuu, tapi bila difikir-fikirkan balik, memanglah kita nak memartabatkan adat resam tapi kita pun tak boleh nak bercanggah dengan syariat Islam kan? Hajar pun confuse -.-" Kenapa dah tahu syirik tapi masih nak kekalkan adat nie?? Pelik :/ Haaa, harap dapat jawapannya nanti kan..
K laaa nie jea yang hajar nak share hari nie, kot2 ada idea yang mendatang hajar updates lagi entry yang baru okayyy! Doddles! XOXO :')

Ainan Tasneem's twin?? -.-"

Familiar sangat kottt ><"

Heyy peeps :) Haaaaaa! chop chop chop! Cerita dia macam nie, for sure dah ramai yang cakap muka hajar ada iras-iras penyanyi Ainan Tasneem nie. HAHA. Mulanya, pakwe akak hajar yang perasan dulu muka hajar macam dia masa dia tengok semifinal AJL mase tuuu..Abang Fizu cakap "Adik, tengok semifinal AJL tak? Muka Ainan Tasneem macam muka adik laaa :D". Bila abanf Fizu cakap macam tuu, hajar pun macam terkejut jugak, cakap dalam hati "sama ke??" :/ Then, esoknya pergi sekolah pun kawan hajar cakap yang sama jugak. Dorang cakap " Eh,hajar tengok tak semifinal AJL semalam? "Then hajar cakaplah tengok, kenapa? Kawan hajar cakap muka Ainan Tasneem macam muka hajar lah. :D Hajar just ketawa jea bila dorang cakap macam tuuu.. Then, adik angkat hajar yang Aina nie pulak, ada sorang kawan dia nie namanya Nabilah, kawan dia nie pun ada cakap dekat Aina nie haaa "Muka kak hajar macam Ainan Tasneem laaa". Atototo :3 Dah ramai yang perasan nie. HAHA. Then my lovely pulak cakap benda yang sama, maybe betul laaa kott ada iras sikit-sikit, hajar pun tak tahu ><" Orang yang tengok kan? Dorang lagi perasan kot apa yang sama. Hihi ^^ Maybe dari tepi muka hajar kot yang menampakkan persamaan dengan muka Ainan Tasneem nie, ntahlahh. Tapi even orang cakap muka hajar nie macam muka Ainan Tasneem ke apa ke, hajar lebih selesa jadi diri hajar sendiri kot :) Tak perlu nak jadi macam orang lain kan? Macam BF hajar cakap "Muka sayang tetap macam Siti Hajar and tuu yang b suka". Heeee ^_^  It's okayyy hajar, be yourself! Remember that!!
Huuuuhhh! k laaaa, nie jea yang hajar nak share. Nanti2 hajar updates entry yang baru okaaayyy. Doddles! XOXO :')

Sorry! I get jealous easily =="

Hey boy! Watch out! I get JEALOUS easily :/Hye peeps :)  Haaaaa! Look at that picture.. Yaaaa, same like me. Get jealous easily. Walaupun benda yang kecik or biasa-biasa  jea, tapi tak tahu kenapa senang sangat perasaan cemburu tuu nak datang. Rasa macam teruk betul! ><" Tak memasal jea hajar tukar mood semalam time text dengan DIA (hubby) bila DIA cakap yang DIA dapat akak baru. Haaaaa! jealousnya hajar. Automatik hajar jadi bertukar mood -.-" And DIA pun tahu yang hajar dah lain jea bila reply text DIA macam tuuu. Tulah, siapa suruh cakap macam tuu, kan dah merajuk :( Padan muka. Grrrr! Even tuu hanya kakak angkat DIA tapi hajar rasa macam jealous sangat! Tak tahu kenapa. Agaknya hajar nie memang dilahirkan kuat jealous kottt :D Tapi bila difikir-fikirkan balik macam sebersalah pulak buat macam tuu, rasa macam kesian dekat DIA pun ada :/ Hmmmm, biarlah dulu. Nak tengok DIA try tak pujuk hajar. Nak tunggu DIA text dulu! Kalau DIA tak text2 jugak maknanya memang DIA tak peduli pasal perasaan hajar lah kan :( Bila DIA cakap pasal 'akak2' DIA tuu, automatically hajar teringat dekat abang angkat hajar, arwah abang Zairus . Hajar rindu arwah sangat-sangat. Kalaulah dia masih ada kan? Hmm.. . Tak apalah, dah lama hajar redha dengan pemergian dia. Harap dia tenang dekat sana :) Masuk tahun nie genap 4 tahun dah arwah abang Zairus meninggal. 18 Februari nie hari lahir abang Zairus, hajar tak pernah lupa sedekahkan al-fatihah untuk dia. Tuu jelaa hadiah yang hajar boleh titipkan untuk dia dekat sana.. Hajar tahu dia tenang dekat sana.. Keep peace there.. .
Isshhhhh! daahlaaaa, ter-keluar cerita sedih pulak. Hihi ^^ *no more sad girl! Btw, salam Jumaat semua! Sama-sama kita mengeratkan ukhwah antara satu sama lain pada hari yang mulia ini yaaa :) Love SH. XOXO! Publish :')


- Mawaddah -

Temu dengan Syurga-Nya jua.. .

DETIK-DETIK TERAKHIR SITI HAJAR AHMAD SABIR

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada al marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca.

      6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

        7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’

         8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.


     9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

        10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.


Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

       11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .



Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

         12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.




          13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Tiada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata
“Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”
Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.
“Orang azan kot” tingkah saya.
Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur.
Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?”
“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

     14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”.
Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”
Sesekali dia tersenyum manis.
Kami tanyakan "kenapa senyum?”
Dia jawab…"Ada bau wangi sangat”.
"Selalu ke akak terbau macam tu?”
Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah”
Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

    15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

  16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

          17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa.
“Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” .
Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :
"Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.”
Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,”
Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam termengah2 dia berkata
"mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan”
"Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

         18 Jan 2013 (Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99%. Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

    19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

          20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya. 

AL-Fatihah...
MasyaAllah.. Dikau yang terindah :)

Harap dapat pemeriksa kertas JJ045A098 yg baik hati :)

Cikgu, jangan banyak tanda pangkah tau, banyak tanda betul jea! So,cikgu tak pening kepala. :'O
Cikgu, jangan banyak tanda pangkah tau, banyak tanda betul jea! So,cikgu tak pening kepala. :'O
Hye peeps! Haaa, nampak tak gambar kat atas tuu?? Itulah yang selalu hajar  berdoa and harapkan. Berharap penanda yang tanda kertas periksa SPM hajar tenang sewaktu menanda kertas dan tidak dalam keadaan marah atau bad mood. Harap dapat penanda yang menanda kertas periksa hajar nie baik hati dan pemurah nak bagi markah. Amin :) Tak pernah putus-putus berdoa. Cepat jea masa berjalan kan? Ya Allah, sekarang dah masuk bulan Februari dah, dengar2 ada yang heboh-hebohkan 26 Februari nie akan keluar result. Ada yang cakap bulan March nanti. Ntahlah,hajar pun tak tahu -.-" Rasa berdebar sangat, risau sebarang kemungkinan yang tidak terjangka nanti. Harap semuanya okayy2 jea :) Kawan2 hajar pun selalu cakap dorang berdebar-debar bila fikir pasal result SPM yang akan keluar nanti. Bohonglah kalau hajar cakap hajar tak berperasaan macam tuu jugak, mestilah ada. Setiap malam sebelum tidur mesti akan terfikirkan perkara nie, bila fikir-fikirkan, perasaan takut semua datang serentak. Haiisshhh ><" Hanya mampu berdoa dan sedapkan hati jea. Dah tak boleh nak undurkan waktu time ambil periksa SPM, semuanya dah terjadi. Redha jelaa kan :( Hajar pun harap yang hajar dah buat sehabis baik dalam SPM masa tuu. Sekarang nie hanya berserah pada takdir jea :/ Insya-Allah semuanya akan baik-baik. Harap akan dapat berita yang mengembirakan hati, lagi-lagi untuk ma and ayah hajar :') Harap begitulah hendaknya. Amin3 ya rabbal alamin :')

Can get it or not?? :/

If I could have like this... 
Hello guys! Haaaa, nampak tak gambar kat atas tuuuu?  Cantik sangat kan?? Hajar teringin nak bilik macam nie! Well, dulu memang hajar minat pink colour, tapi sekarang dah kurang sikit. HIHI, bak kata orang tukar angin pulak kan.. Seriously, hajar memang minat tema berlatarkan Paris. Cantik sangat kan.. Lagi-lagi menara Eiffel tuu, sweet sangat ^^ Kalaulah suatu hari nanti hajar dapat jejakkan kaki di Paris, mestilah moment-moment terindah hajar akan sematkan dalam hati sepanjang di Paris tuu :) Harap-haraplah kan? Tapi kalau tak kesampaian nak jejakkan kaki dekat Paris tuu, dapat bilik yang suasana ala-ala Paris pun boleh lah ekk. HOHO :'O It's okayyyy, hajar dah plan nak decorates bilik hajar nanti macam nie jugak. Confirm, tak keluar dari bilik pun tak apakan, terperap jea dalam bilik. Yelaaaaa, bilik dah sweet macam nie kan? Apa lagiiii?? ZzzZzz ~ zZzzzzzz ~ -.- :D Ma! I want exactly same like this. Don't want else ><" Hihi ^^
Haaa, okayyy lah. Nanti hajar update entri yang baru lagi yee. Doddles! XOXO :')

Tanam anggur lagi? ><"

Lahaiiiii!!! Penat~ penat ~ penat -.-

Hei guys! Hari nie hajar nak luahkan betapa boringnya duduk dekat rumah. Kerjanya makan, tidur,  tengok tv, dengar lagu, baca novel and menghadap lappy jea  -.-" Untunglah kan. Ntah nak jadi apa ntah. HAHA. Ayah pun dah tension dah tengok anak dia sorang nie haaa, duduk rumah nak makan jea kerja, tak makan tidur, kalau tak tidur pulak menghadap lappy jea 24 jam :D Bila ayahnya dah bersuara, hajar apa lagi, bersyarah lah jawabnya "Chill lah ayah, sementara nak tunggu adik pergi PLKN , biarlah adik rehat2 santai-santai dekat rumah. Nak menikmati sepuas-puasnya hidup budak lepasan SPM nie :/ Nanti adik dah pergi PLKN batang hidung tv pun takkan jumpa tau :3". Haaa, see?? Bila annaknya dah menjawab, memang si ayahnya pun hanya boleh geleng-geleng kepala jea laaa. Tapi bila dah lama-lama duduk rumah nie macam tension pulak ><" Dah puas sangat agaknya . HAHAHA .Nak jadi apalah kan? Tanam anggur jelaaa. Haisshhh.. Ma pulak cakap "orang kalau berkebun tanam anggur,dah berbuah dah, nie kau nia adik jangan kata buah anggur, tunas pokok buah anggur pun belum tentu tumbuh". Errr ><" Pak cik pulak selalu menyakat hajar, katanya "senanglah,amik STP." Mula-mula hajar blur lah jugak @_@ . Then akak cakap "Ohh,tahu. Sijil Tunggu Pinangan". HAHA. Haihhh, sabar jelaa :/ Agaknya memang nie lah lumrah hidup budak2 yang lepasan SPM kan? Baru tahu susahnya hidup lepas habis sekolah. Huuuaaaaa!! Nak balik sekolah balik! Rindu sekolah! Rindu kengkawan :( Kalaulah dapat putarkan balik masa. Taknak masa berjalan! Nak masa zaman sekolah jea, zaman budak-budak. HIHI ^^ Tapi apa boleh buat? Masa akan tetap berjalan kan? And now, baru hajar tahu erti kehidupan yang sebenar. Betapa susahnya!! Nak kena carik kerja, kumpul duit sendiri. Tapi kerja pun tak lagi -.-" Tak apalah. Jangan give up hajar. Ustazah pun selalu pesan, "kena kuat semangat, jangan sesekali berputus asa". :) Ingat pesan ustazah nie sampai bila-bila. Insya-Allah.
K lah nanti hajar updates entri yang baru yaaa :) Bye! XOXO 

PLKN Laaaaaa -.-"



Wait for me Khidmat Negara!!! I'll coming soon :)

Haaaa! Nampak tak gambar di atas? Ehemm3 !! Hajar lah salah seorang pelatih PLKN yang terpilih  untuk Siri 10/2013 :)  Masa dapat tahu mula-mula , macam-macam perasaan datang . Time tuu hajar semak guna phone jea.. Sekali tunggu punya tunggu satu text masuk. Haaaa! Daripada JLKN. Sekali baca text tuu, "Tahniah! 950515****** anda terpilih menyertai PLKN Siri 10/2013 . Penempatan Pelatih akan dimaklumkan kemudian. Terima Kasih." Tengok! Hajar dapat text cepumas tau. Korang ada?? :D Action jea lebih,HAHA. Tak tahu masa dapat tahu yang hajar terpilih untuk pergi PLKN on the spot menangis, tak tahu kenapa. Padahal, hajar memang nak sangat pergi PLKN . Bila dah dapat macam berat hati pulak nak pergi. Well, 3 bulan guys!! How my life at there?? Kawan-kawan hajar yang nak sangat pergi tak dapat pun. Bila fikir-fikir balik kan, actually hajar nie kira bertuah sangat  sebab terpilih tau  ^^  Antara cousin hajar belah ma pun hajar sorang jea yang terpilih pergi PLKN nie. See? Betapa specialnya hajar kan? :D Bukan semua orang dapat menyertai PLKN nie right? Dalam berjuta-juta orang hajar salah seorang yang terpilih. Patotnya bangga pada diri sendiri. And semestinya hajar bangga sebab terpilih. Syukur sangat! Tapi yang sedihnya, antara kawan-kawan hajar yang 4 orang tuuu, hajar seorang jea yang terpilih. See??  Sedih sebab terpisah sorang2. -.- Kawan2 hajar yang lain yang mana terpilih untuk ke PLKN kumpulan pertama dah selamat pun sampai ke destinasi masing2 masa 5 Januari hari tuuu. Untunglahkan dapat kumpulan pertama. Hajar nie! Dapat kumpulan kedua maybe? ><" Orang lain dah sibuk-sibuk nk sambung belajar, hajar masih lagi jalani latihan di Khidmat Negara. Tak apa, ma cakap "kumpulan kedua tak sampai 3 bulan pun, 2 bulan lebih jea". See? ma nak sedapkan hati anak dia yang sorang nie. HAHA. Tipulah kalau hajar kata tak ada perasaan takut semua, mesti ada. Lagi2 berpesah dengan parents kan?! Actually, nie first time tau hajar akan terpisah dengan family dalam jangka masa yang hajar rasa memang lama sangat! Tapi ada seorang abang sedara hajar  yang terpilih ke PLKN untuk Siri 8/2011 ada ceritakan pengalaman dia sepanjang dekat sana. Bila dengar2kan, macam best sangat. Excited pun ada tau! Tak sabar nak tunggu bulan 5 nie, HAHA. Well, "WIRAWATI NEGARA". Abang Shafiq cakap masa baru2 sampai memang  kita akan berasa janggal sangat, sebab tak ada kawan, nanti dah beberapa hari akan ramai lah kawan. Yang penting kena bijak bergaul dengan orang lain. Jangan sombong semestinya !Abang Shafiq pun ada cakap nanti time masing2 nak balik rumah masing2, time tuu lah semua melalak2 sebab taknak terpisah. Yelaahkan, dekat sana dengan kawan2lah tempat kita bergelak ketawa semua, parents mana ada. Pandai2lah hidup sendiri kat sana nanti. Yang paling penting! belajar hidup berdikari tanpa bantuan orang lain. Semuanya kena buat sendiri kat sana nanti.  Misi dan Visi bila pulang dari PLKN semestinya nak jadi orang yang berguna, and semestinya berkhidmat untuk NEGARA kan?! Bangga kan. Ma and ayah hajar pun mesti bangga bila hajar dah balik dari PLKN nie dah jadi "somebody". Mestilaaa, hajar anak last, before nie pun akak hajar tak terpilih pun, so bila hajar yang terpilih ma hajar pulak yang kecoh2 prepare barang hajar untuk ke PLKN nanti. HAHA. Rasa macam kelakar sangat! Hajar yang nak pergi, tapi orang lain pulak yang sibuk2. Hajar rilex jea. HIHI. Haaa, okayylah, nak tahu cerita selanjutnya, tunggu hajar update bila hajar balik dari PLKN  nanti yaa! XOXO :')

SPM! SPM! SPM! :/

Ya Allah! Result SPM keluar tak lama jea lagi -.-

Hai uols!
Dah masuk bulan Februari daa, maknanya result SPM 2012 pun dah nak hampir keluar. Haaaa! Takutnya, cuak semua ada :/ Macam manalah result hajar nanti bila keluar kan? Hope okayy lah kan. Yang penting dah buat yang terbaik dah.. I think so -.- Tak apalah, berserah jelah kan.. Yang penting jangan give up dulu . Berusaha lagi! Chaiyok3!! Yang penting nak sambung belajar lagi. Harap-haraplah kan apa yang dirancang semua tercapai. Amin :) Kalau dapat peluang sambung belajar, hajar nak ambil course photography! Sebab hajar memang minat sangat ^^ Tapi kena kerja dulu, kumpul duit sendiri nak beli camera -.- Tapi dah masuk bulan Februari pun belum kerja-kerja lagi. Hmm :( Ma cakap "Nak sambung belajar bukannya guna seratus dua ratus guna duit, macam2 nak beli nanti. Lagi lah nak beli camera. Kalau tak ada tiga ribu lebih memang jangan harap nak dapat camera".  Fikir kena kerja jugak. Beli barang untuk PLKN lagi. Cakap pasal PLKN, satu apa pun tak prepare lagi. Tak apa, lama lagi. HAHA. Hajar  yang nak pergi PLKN tapi orang lain yang sibuk2 kenapa hajar tak prepare apa2 untuk pergi PLKN nanti. Macam tak nak pergi :O Tak apalah beranikan diri untuk pergi jugak. Carik kawan baru, carik pengalaman, boleh carik BF baru jugak.. Ehh? :D Just kidding -.* Berbalik pada SPM pulak, haa dengar2 kecoh dekat twitter result SPM akan keluar pada 26 Februari nie. Whattttt?!! Awal giler.. Harap2 taklah kan. Takotnya!! Redha jelaa kan. Semua orang dah cuak dengar berita nie. Kalaulah jadi betul2? Haisshh, tak dapat dibayangkan betapa hura-haranya nanti ><" Cerita pasal SPM nie, hajar teringat pulak yang before nie hajar ada termimpi pasal result SPM. Hajar dapat 4A dalam SPM, fuuuhh! Macam tak percaya jea.. HAHA. Kot-kot result yang sebenar nanti ntah macam manalah -.-" Dahlah, tak nak fikir sangat pasal nie, tak sedap hati bila teringat pasal result nie, berdoa and berharap agar semuanya okay. Harap hajar and kawan-kawan hajar semua dapat result yang cemerlang. Amin3 :-)

Setia Hujung Nyawa ♥


 

Assalammualaikum. Terlebih sekali hajar nak kongsikan tentang novel yang baru hajar beli nie, Novel Setia Hujung Nyawa :) Mesti semua orang tahu kan tentang novel nie, lagi-lagi cerita nie tengah hot dekat slot akasia TV3. Haa, jangan lupa! Dah nak akhir daa.. Jangan lepaskan peluang tengok! Mesti happy ending last episod nanti kan? Btw, hajar dah habis baca dah novel Setia Hujung Nyawa nie. Seriously, banyak sangat konflik yang berlaku. Tak rugilah beli novel nie. Bila fikir-fikirkan susahnya kan hidup berumah tangga.. Suatu hari nanti kita semua akan lalui jugak right?. Haaa, hajar nak kongsi sedikit lah pasal sinopsis cerita Setia Hujung Nyawa nie..

         Sinopsis Novel 'Setia Hujung Nyawa'

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi penasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari  bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar.

 Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah 'menyentuh' isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya.

Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa. ~

Haaa, nie lah sedikit sebanyak sinopsis dan konflik yang berlaku dalam novel karya Fatin Nabila nie. Sedih sangattt! Kalau nak tahu lebih lanjut, kenalah beli sendiri yea :D Okayylah sampai sini saje hajar ber-blog. Nanti hajar update yang baru okayy.. Love SH. XOXO ! Publish :')

Template by:

Free Blog Templates