Monday, March 4, 2013

PLKN! I'll coming soon. Yeaayyy! ☺

Saya  bakal "WIRAWATI NEGARA" :D

Haaaa! Choop chop!! Kita nyanyi sat.  HIHI ^^


Wira wirawati harapan bangsa
Tiba masa kita berjasa
Kita sahut cabaran bederas seiringan
Demi mencapai wawasan.

Kenali rakan pelbagai budaya
Selami warisan kita yang kaya
Bersama bergandingan tiada perbezaan
Kita Warga Malaysia.

Berkhidmat untuk negara
Berbakti penuh setia
Satu hasrat satu semangat satu tekad bersama.

Kami wira wirawati negara
Kini masa kami berjaya
Kami sahut cabaran berderas seiringan
Kami pasti mencapai wawasan.

Kita sahut cabaran bersama bergandingan
Berkhimat untuk negara
MALAYSIA!!!

Cewaaaahh! menyanyi pulak kita. hihi ^^ Well, too excited maybe? :D *macam poyo pulak -.-" Kita bakal wirawati negara! So,jangan jealous! Haaaaa! Hye peeps! Sorry laa Hajar dah lama tak updates entry baru kan? Chop2! Ada yg rindu ke? HAHA  *perasan sekejap :D Btw, hajar ada berita gembira and berita sedih nak share kat sini :) Nak tahu berita gembiranya apa? Haaa, 31 Mac nie hajar akan lapor diri untuk ke Kem PLKN. Nak tahu hajar dapat kat mana? *cehh,macam tahu2 jea korang2 akan tanya soalan nie.HAHA. Hajar dapat dekat Kem PLKN Desaru Gerakhas! Of course lerh,dah ramai yang tanya. So far,soalan famous dorang akan tanya 'pergi PLKN bila?', then, "dapat Kem dekat mana?". Haihh ><" Jenuh jugak nak menjawabnya, tapi jawablaa jugak ^^ Member2 hajar ramai yg cakap, 'alurh,dekat jea. Hari2 boleh datang jenguk'. *Cewahh! Itu pun kalau korang datang! kalau tak datang,aku cepuk sorang2! :D  Sebenarnya hajar masih shock lagi, yelaa mana tidaknya mati2 ingat kumpulan 2 pergi PLKN bulan 5, sebab  member hajar yg cakap, so yg hajar nie pun percaya jealaa -.-" Tup tup sekali check dapat penempatan dekat mana, dapat feedback baca punya baca, bagai nak gugur jantung! Tertulis bahawa 'Lapor pada 31 Mac 2013 bertempat di tempat letak kereta stadium Kulai, Johor'. Phewww, -,- tak disangka2 seawal nie aku akan ke Kem PLKN. Hujung bulan nie pulak tuuh! ><" Macam2 yg bersarang dalam kepala otak nie! Takut,gementar semua ada! Berita sedihnya pulak, dah confirm kot 20 Mac nie result SPM akan keluar!! Huuuuaaa! Lagi tension, harap result akan okay2 jea hendaknya! Tak nak laa nanti pergi Kem PLKN frust menongeng pulak kan. Haihh ==" Sampai sana ingat nak happy jea, harap baik2 jea dekat sana. Well! First time hajar berpisah dengan parents untuk jangka masa yang agak lama. Nevermind hajar! You're adult now! Try to be indipendent! Yeahhhh, I can do it! :D Yolaa tuuh, kot2 masa hari nak pergi menangis agaknya tak nak berpisah :( Sedihnya! *sob sob -.- Lagi sedih sebab  hajar terpaksa tinggalkan si DIA! Mr. Abu Heikal, sepanjang ketiadaan saya, pandai2 laaa jaga diri yeaa! Jangan nk menggatal pulak! Jealous tau! :D *take a note! Well, i'll gonna miss you! also my family and my friend's too! Atoto, ter-sedih pulak ><" HAHA. Tak apa lama lagi. *Cewahh,nak sedapkan hati jea sebenarnya :-*

Okayy laa, nanti before hajar pergi PLKN,hajar akan updates entry yang baru lagi! Bye! Love SH. XOXO! Publish :')

Sunday, February 17, 2013

Belangsungkawa Allahyarham Adik Ahmad Adam Syukri .. .

Assalammualaikum :)




Al-Fatihah buat arwah adik Ahmad Adam Syukri dan Takziah buat seluruh keluarganya semoga mereka tabah dan sabar mengharungi dugaan dari Yang Maha Kuasa.


Lahir pada 4 Mac 2012 telah mengalami Brain Damage Severe HIE (Hypoxic Ishemic Encephalopaty) atau lebih dikenali sebagai kerosakan pada saraf otak. Lahir secara vacuum dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen. Scam MRI menunjukkan otak adik Ahmad Adam Syukri mengalami kerosakan yang teruk. Hidup adik Ahmad Adam juga bergantung dengan mesin oksigen yang dibekalkan untuk terus hidup, dia juga terpaksa menggunakan mesin suction kerana adik Ahmad Adam tidak berupaya menelan air liur. Mata kanan adik Ahmad Adam mengalami injured begitu juga dengan telinga kanannya juga tidak dapat mendengar kerana kerosakan dalaman. Doktor pakar otak mengesahkan jika adik Ahmad Adam hidup, dia akan terlantar seumur hidup kerana penyakit ini amat tipis untuk sembuh. Doktor pakar otak juga mengklasifikasikan kerosakan otak adik Ahmad Adam ini sebagai kematian saraf otak.



Kepada yang mengikuti perkembangan arwah adik Ahmad Adam Syukri ini di Facebook tentu tahu, sejak selasa lalu adik Ahmad Adam Syukri menunjukkan tahap kesihatan yang terlalu lemah, arwah mengalami demam panas, paru-paru dijangkiti kuman dan oksigen juga makin berkurang. 

Kisah ini pernah dipaparkan dalam MHI (Malaysia Hari Ini) pada 10 Oktober 2012, dan pada pagi tadi 8 Februari 2013 MHI sekali lagi memaparkan rentetan hidup arwah adik Ahmad Adam Syukri sehingga urusan mengkafankan jenazahnya selesai.



Perjalanan akhir jenazah adik Adam Syukri di pangkuan ibu
"Allah tidak memberati (menguji) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya" 
(Al-Baqarah : 286)

"Dan sungguh kami benar-benar akan mengujimu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta serta hilangnya jiwa dan sedikitnya buah-buahan"
(Al-Baqarah : 155)

"Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran pasti akan ada kemudahan"
(Al-Insyirah : 6)

      Setiap musibah dan dugaan yang diberikan Allah kepada umatnya akan dapat menghapuskan dosa. Kedua ibu bapa arwah adalah insan yang terpilih dan hebat untuk menghadapi dugaan dari Allah.. Mungkin satu hari nanti Allah akan kurniakan kepada kedua ibu bapa arwah ganjaran yang berlipat kali ganda atas kesabaran mereka. 


Sumber :
  ~ Facebook MHI

Please fly away SADNESS! :(

La takhaf wa la tahzan innallaha ma'ana :(
Ya Allah, kenapa laa hati hajar nie sedih sangat. Daripada semalam air mata tak berhenti-henti mengalir sama macam turunnya hujan sekarang nie. Mungkin Allah faham tentang kesedihan hajar :/ Penatnya.. penat menangis. Biarlah mata nie nak bengkak sekalipun asalkan hajar dapat pulihkan balik senyum di wajah. Hajar tak nak tunjuk rasa sedih dekat orang lain, biarlah dorang hanya nampak bibir hajar nie tersenyum :) Even sebenarnya hampir setiap malam sebelum tidur hajar akan menangis. Menangis bila penat, sedih, kecewa, rasa terluka, geram, rindu, semuanya! Dengan cara menangis hajar dapat muhasabbah diri selepasnya. Cuba fikir dan cari cara untuk memperbetulkan mana yang silap. Semua orang tak sempurna didunia nie, masing2 ada kekurangan masing2. Macam tuu  jugak hajar, mungkin kelemahan hajar, hajar jenis orangnya yang mudah tersentuh,menangis dan jugak memaafkan kesalahan orang lain. Ada yang cakap sebelum kita tidur, kita mesti muhassabah diri kita dan memaafkan orang lain, itu yang cuba hajar praktikkan sehingga kini. Alhamdulillah lepas tuu hajar akan rasa tenang hati untuk tidur. Cuma, kekadang terfikir kenapalah hajar diuji dangan bermacam-macam masalah, agaknya ujian yang dihadapi hajar sekarang nie sedikit sebanyak mematangkan hajar and buat hajar lebih stronger! Sabarlah wahai hati.. Biarlah menangis sekarang asalkan bahagia menjelang kelak :) Bila sedih jea hajar dengar lagu 'Langit Menangis by Nazim Othman'. Terus lega sikit hati.. Bagi hajar dengan menangis laa dapat releasekan segalanya! Itu jea satu2 cara hajar nak buang sedikit perasaan sedih nie. Mungkin masih ada sisa-sisanya, tapi at least kuranglaa sedikit rasa sedih tuu selepas menangis (: Bila hajar sedih pun hajar selalu amalkan baca doa nie "LA TAKHAF WA LA TAHZAN INNALLAHA MA'ANA". Alhamdulillah lepas berkali-kali hajar baca doa nie, automatik rasa sedih tuu hilang sikit-sikit. Lagi mujarab dengan ambil air wudhu'. Akan rasa lebih tenang jea, sebab air wudhu' menyejukkan segalanya. Even hati yang tengah lara sekalipun -.-
K laaa, hajar saja jea nak share, maybe dengan luahkan diblog hajar akan okayy sikit. Harap-harap macam tuu lah kn. Hmm, k laa daaa uols :*

Ohhh Kimono :3

Sooo beautiful!! Could I have this? :)
Hye bloggers :) Haaaa, you guys nampak tak gambar kat atas tuuu?! Cantik kan kimono nie :3 Sebenarnya kimono nie memang tersenarai dalam list dress favourite hajar tau! Nak sangat dress kimono nie. Cantik wooohhh :D Semalam masa pergi tengok tarian kuda kepang tuu, akak cakap dia nampak pengantin perempuan tuu pakai kimono warna merah+putih. Jealousnya! Daa lah dress favourite hajar, dah tuu warna pun nak warna favourite hajar jugak :/ Untung hajar tak nampak. Grrr! ><" Balik baru akak cerita. Apalah akak nie, haaaiiihhh -.-" Well, kalau dah minat kimono mestilah negaranya, negara Jepun hajar suka, lagi2 ada pokok sakura, kalau time musim luruh, fuuhhhh mesti cantik sangat bila bunga2 sakura tuu berguguran. Teringin seyh nak jejakkan kaki di negara matahari terbit tuu :* Harap2 suatu hari nanti. hihi ^^ *berharap jea lebih.. Kalaulah dapat pergi sana hajar pun nak beli dress kimono nie, mana boleh lepaskan peluang kan :D *Sayang,buy one for me please? hee ^^ . Tak apa, suatu hari nanti mesti dapat punya baju kimono nie. Yakin betul. HAHA. Harap laa kan? Haaa, kumpul key chain pun hobby hajar jugak, seriously dah banyak key chain yang hajar kumpul. Tapi paling yang hajar sayang key chain korea  yang adik angkat hajar bagi dengan key chain singapore kawan hajar bagi. Sayang ohhh!
Hoho, k laaa dah penat daa. Nie jea kot untuk hari nie. Nanti hajar 
updates entry yang baru lagi okayy :) Doddles! XOXO :')

Kuda kepang Ooo kuda kepang

Mendukung 'Adat' dari segi budaya tapi dari segi  'Agama' berunsur Syirik? -.-"
Hye morning love, morning sunshine, morning smile, morning  uols!! Haaa, hari nie celebrate  Tahun baru Cina,  meriah kan malam semalam dengan pertunjukkan bunga api. Seriously awesome! Tapi tuu bukan laa point utama yang hajar nak cerita kan.. Hajar nak share cerita yang semalam hajar ada tengok tarian kuda kepang.. Bukan laa ini yang pertama kali, coz before this pun hajar pernah tengok jugak. Ayah hajar pun ada menceburi bidang ini jugak, tapi itu dulu laa. Sekarang daa tak lagi daa. Sebenarnya hajar takot nak tengok kuda kepang nie, guess what! Sebab dulu dekat kampung hajar pun pernah jugak hajar tengok tarian kuda kepang nie, tahu tak masa mula2 hajar memang excited giler laa nak tengok,hajar duduk laa dekat bahagian baris depan then tengah "asyik" sangat agaknya tengok, tiba2 ada sorang abang yang main tarian kuda kepang nie hulur sekuntum bunga dekat hajar, dia siap letak pewangi lagi dekat bunga tuu, hajar tak nak amik, takoooot giler! Nangis2 hajar sorok belakang ma hajar :D Abang tuu macam nak kejar hajar jee tau, yelaa dia kan tengah dalam keadaan mabuk tak ingat apa2 kan. Tapi yang buat hajar lagi takot time orang tuu libas rotan besar tuu! Serious,hajar banyak kali tersentap! Hisshhh, takot sangat bila ingat balik :/ So, tiba2 semalam depan rumah hajar nie ada buat tarian kuda kepang, kawan ayah tibe2 datang rumah ajak ayah join sekali dekat situ tapi ayah tak main laa.. First2 ingat tak nak pergi, habis akak dengan ma beria sangat nak tengok hajar pun dengan berat hati follow jea laa. Sampai jea dekat situ, kaki hajar menggigil2 daa -.-" Takot punya pasal, betul2 time hajar datang ada sorang abang nie kena rasuk tau, hajar apa lagi,muka memang dah pucat seribu daa , duduk sembunyi belakang ma hajar jea :( Tapi yang lagi takutkan hajar bila ada 2 orang yang main kuda kepang nie pakai topeng hantu tuuu, jelas menakutkan. So,hajar dengan akak decide nk tengok dari atas rumah pangsapuri tuu, takot punya pasal, HAHA.. Tengah tengok tarian kuda kepang tuu sambil text dengan si DIA, hajar pun ceritalaa pasal nie dekat dia, then dia cakap "syirik sayang". Hajar memang tahuu sebenarnya tarian kuda kepang nie dalam Islam memang berunsurkan Syirik, tapi bila ikut pada adat rasam , negeri Johor nie memang ada mewarisi tarian kuda kepang nie, katanya 'memang adat turun-temurun nak kekalkan adat nenek moyang dulu supaya tak lapuk dek ditelan zaman" Well,tahu jelaa sekarang zaman dah moden, kalaulaa ditanya anak muda zaman sekarang apa tuu tarian kuda kepang, mesti ada yang  tak tahu, yelaa tak mengikuti perkembangan adat resam laa katakan. Ayah hajar pun ada cakap jugak macam tuu, tapi bila difikir-fikirkan balik, memanglah kita nak memartabatkan adat resam tapi kita pun tak boleh nak bercanggah dengan syariat Islam kan? Hajar pun confuse -.-" Kenapa dah tahu syirik tapi masih nak kekalkan adat nie?? Pelik :/ Haaa, harap dapat jawapannya nanti kan..
K laaa nie jea yang hajar nak share hari nie, kot2 ada idea yang mendatang hajar updates lagi entry yang baru okayyy! Doddles! XOXO :')

Ainan Tasneem's twin?? -.-"

Familiar sangat kottt ><"

Heyy peeps :) Haaaaaa! chop chop chop! Cerita dia macam nie, for sure dah ramai yang cakap muka hajar ada iras-iras penyanyi Ainan Tasneem nie. HAHA. Mulanya, pakwe akak hajar yang perasan dulu muka hajar macam dia masa dia tengok semifinal AJL mase tuuu..Abang Fizu cakap "Adik, tengok semifinal AJL tak? Muka Ainan Tasneem macam muka adik laaa :D". Bila abanf Fizu cakap macam tuu, hajar pun macam terkejut jugak, cakap dalam hati "sama ke??" :/ Then, esoknya pergi sekolah pun kawan hajar cakap yang sama jugak. Dorang cakap " Eh,hajar tengok tak semifinal AJL semalam? "Then hajar cakaplah tengok, kenapa? Kawan hajar cakap muka Ainan Tasneem macam muka hajar lah. :D Hajar just ketawa jea bila dorang cakap macam tuuu.. Then, adik angkat hajar yang Aina nie pulak, ada sorang kawan dia nie namanya Nabilah, kawan dia nie pun ada cakap dekat Aina nie haaa "Muka kak hajar macam Ainan Tasneem laaa". Atototo :3 Dah ramai yang perasan nie. HAHA. Then my lovely pulak cakap benda yang sama, maybe betul laaa kott ada iras sikit-sikit, hajar pun tak tahu ><" Orang yang tengok kan? Dorang lagi perasan kot apa yang sama. Hihi ^^ Maybe dari tepi muka hajar kot yang menampakkan persamaan dengan muka Ainan Tasneem nie, ntahlahh. Tapi even orang cakap muka hajar nie macam muka Ainan Tasneem ke apa ke, hajar lebih selesa jadi diri hajar sendiri kot :) Tak perlu nak jadi macam orang lain kan? Macam BF hajar cakap "Muka sayang tetap macam Siti Hajar and tuu yang b suka". Heeee ^_^  It's okayyy hajar, be yourself! Remember that!!
Huuuuhhh! k laaaa, nie jea yang hajar nak share. Nanti2 hajar updates entry yang baru okaaayyy. Doddles! XOXO :')

Sorry! I get jealous easily =="

Hey boy! Watch out! I get JEALOUS easily :/Hye peeps :)  Haaaaa! Look at that picture.. Yaaaa, same like me. Get jealous easily. Walaupun benda yang kecik or biasa-biasa  jea, tapi tak tahu kenapa senang sangat perasaan cemburu tuu nak datang. Rasa macam teruk betul! ><" Tak memasal jea hajar tukar mood semalam time text dengan DIA (hubby) bila DIA cakap yang DIA dapat akak baru. Haaaaa! jealousnya hajar. Automatik hajar jadi bertukar mood -.-" And DIA pun tahu yang hajar dah lain jea bila reply text DIA macam tuuu. Tulah, siapa suruh cakap macam tuu, kan dah merajuk :( Padan muka. Grrrr! Even tuu hanya kakak angkat DIA tapi hajar rasa macam jealous sangat! Tak tahu kenapa. Agaknya hajar nie memang dilahirkan kuat jealous kottt :D Tapi bila difikir-fikirkan balik macam sebersalah pulak buat macam tuu, rasa macam kesian dekat DIA pun ada :/ Hmmmm, biarlah dulu. Nak tengok DIA try tak pujuk hajar. Nak tunggu DIA text dulu! Kalau DIA tak text2 jugak maknanya memang DIA tak peduli pasal perasaan hajar lah kan :( Bila DIA cakap pasal 'akak2' DIA tuu, automatically hajar teringat dekat abang angkat hajar, arwah abang Zairus . Hajar rindu arwah sangat-sangat. Kalaulah dia masih ada kan? Hmm.. . Tak apalah, dah lama hajar redha dengan pemergian dia. Harap dia tenang dekat sana :) Masuk tahun nie genap 4 tahun dah arwah abang Zairus meninggal. 18 Februari nie hari lahir abang Zairus, hajar tak pernah lupa sedekahkan al-fatihah untuk dia. Tuu jelaa hadiah yang hajar boleh titipkan untuk dia dekat sana.. Hajar tahu dia tenang dekat sana.. Keep peace there.. .
Isshhhhh! daahlaaaa, ter-keluar cerita sedih pulak. Hihi ^^ *no more sad girl! Btw, salam Jumaat semua! Sama-sama kita mengeratkan ukhwah antara satu sama lain pada hari yang mulia ini yaaa :) Love SH. XOXO! Publish :')


- Mawaddah -

Template by:

Free Blog Templates