It all 'bout Life,Soul,Friendship and Relationship :) My teeneger life just begin through my age 18 y/o. XOXO!
DETIK-DETIK TERAKHIR SITI HAJAR AHMAD SABIR
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada al marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca.
6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.
7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’
8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.
9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.
10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.
Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.
11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .
Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.
12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.
MasyaAllah.. Dikau yang terindah :) |
If I could have like this... ☺ Hello guys! Haaaa, nampak tak gambar kat atas tuuuu? Cantik sangat kan?? Hajar teringin nak bilik macam nie! Well, dulu memang hajar minat pink colour, tapi sekarang dah kurang sikit. HIHI, bak kata orang tukar angin pulak kan.. Seriously, hajar memang minat tema berlatarkan Paris. Cantik sangat kan.. Lagi-lagi menara Eiffel tuu, sweet sangat ^^ Kalaulah suatu hari nanti hajar dapat jejakkan kaki di Paris, mestilah moment-moment terindah hajar akan sematkan dalam hati sepanjang di Paris tuu :) Harap-haraplah kan? Tapi kalau tak kesampaian nak jejakkan kaki dekat Paris tuu, dapat bilik yang suasana ala-ala Paris pun boleh lah ekk. HOHO :'O It's okayyyy, hajar dah plan nak decorates bilik hajar nanti macam nie jugak. Confirm, tak keluar dari bilik pun tak apakan, terperap jea dalam bilik. Yelaaaaa, bilik dah sweet macam nie kan? Apa lagiiii?? ZzzZzz ~ zZzzzzzz ~ -.- :D Ma! I want exactly same like this. Don't want else ><" Hihi ^^ Haaa, okayyy lah. Nanti hajar update entri yang baru lagi yee. Doddles! XOXO :') |
Lahaiiiii!!! Penat~ penat ~ penat -.- Hei guys! Hari nie hajar nak luahkan betapa boringnya duduk dekat rumah. Kerjanya makan, tidur, tengok tv, dengar lagu, baca novel and menghadap lappy jea -.-" Untunglah kan. Ntah nak jadi apa ntah. HAHA. Ayah pun dah tension dah tengok anak dia sorang nie haaa, duduk rumah nak makan jea kerja, tak makan tidur, kalau tak tidur pulak menghadap lappy jea 24 jam :D Bila ayahnya dah bersuara, hajar apa lagi, bersyarah lah jawabnya "Chill lah ayah, sementara nak tunggu adik pergi PLKN , biarlah adik rehat2 santai-santai dekat rumah. Nak menikmati sepuas-puasnya hidup budak lepasan SPM nie :/ Nanti adik dah pergi PLKN batang hidung tv pun takkan jumpa tau :3". Haaa, see?? Bila annaknya dah menjawab, memang si ayahnya pun hanya boleh geleng-geleng kepala jea laaa. Tapi bila dah lama-lama duduk rumah nie macam tension pulak ><" Dah puas sangat agaknya . HAHAHA .Nak jadi apalah kan? Tanam anggur jelaaa. Haisshhh.. Ma pulak cakap "orang kalau berkebun tanam anggur,dah berbuah dah, nie kau nia adik jangan kata buah anggur, tunas pokok buah anggur pun belum tentu tumbuh". Errr ><" Pak cik pulak selalu menyakat hajar, katanya "senanglah,amik STP." Mula-mula hajar blur lah jugak @_@ . Then akak cakap "Ohh,tahu. Sijil Tunggu Pinangan". HAHA. Haihhh, sabar jelaa :/ Agaknya memang nie lah lumrah hidup budak2 yang lepasan SPM kan? Baru tahu susahnya hidup lepas habis sekolah. Huuuaaaaa!! Nak balik sekolah balik! Rindu sekolah! Rindu kengkawan :( Kalaulah dapat putarkan balik masa. Taknak masa berjalan! Nak masa zaman sekolah jea, zaman budak-budak. HIHI ^^ Tapi apa boleh buat? Masa akan tetap berjalan kan? And now, baru hajar tahu erti kehidupan yang sebenar. Betapa susahnya!! Nak kena carik kerja, kumpul duit sendiri. Tapi kerja pun tak lagi -.-" Tak apalah. Jangan give up hajar. Ustazah pun selalu pesan, "kena kuat semangat, jangan sesekali berputus asa". :) Ingat pesan ustazah nie sampai bila-bila. Insya-Allah. K lah nanti hajar updates entri yang baru yaaa :) Bye! XOXO |
Wait for me Khidmat Negara!!! I'll coming soon :) Haaaa! Nampak tak gambar di atas? Ehemm3 !! Hajar lah salah seorang pelatih PLKN yang terpilih untuk Siri 10/2013 :) Masa dapat tahu mula-mula , macam-macam perasaan datang . Time tuu hajar semak guna phone jea.. Sekali tunggu punya tunggu satu text masuk. Haaaa! Daripada JLKN. Sekali baca text tuu, "Tahniah! 950515****** anda terpilih menyertai PLKN Siri 10/2013 . Penempatan Pelatih akan dimaklumkan kemudian. Terima Kasih." Tengok! Hajar dapat text cepumas tau. Korang ada?? :D Action jea lebih,HAHA. Tak tahu masa dapat tahu yang hajar terpilih untuk pergi PLKN on the spot menangis, tak tahu kenapa. Padahal, hajar memang nak sangat pergi PLKN . Bila dah dapat macam berat hati pulak nak pergi. Well, 3 bulan guys!! How my life at there?? Kawan-kawan hajar yang nak sangat pergi tak dapat pun. Bila fikir-fikir balik kan, actually hajar nie kira bertuah sangat sebab terpilih tau ^^ Antara cousin hajar belah ma pun hajar sorang jea yang terpilih pergi PLKN nie. See? Betapa specialnya hajar kan? :D Bukan semua orang dapat menyertai PLKN nie right? Dalam berjuta-juta orang hajar salah seorang yang terpilih. Patotnya bangga pada diri sendiri. And semestinya hajar bangga sebab terpilih. Syukur sangat! Tapi yang sedihnya, antara kawan-kawan hajar yang 4 orang tuuu, hajar seorang jea yang terpilih. See?? Sedih sebab terpisah sorang2. -.- Kawan2 hajar yang lain yang mana terpilih untuk ke PLKN kumpulan pertama dah selamat pun sampai ke destinasi masing2 masa 5 Januari hari tuuu. Untunglahkan dapat kumpulan pertama. Hajar nie! Dapat kumpulan kedua maybe? ><" Orang lain dah sibuk-sibuk nk sambung belajar, hajar masih lagi jalani latihan di Khidmat Negara. Tak apa, ma cakap "kumpulan kedua tak sampai 3 bulan pun, 2 bulan lebih jea". See? ma nak sedapkan hati anak dia yang sorang nie. HAHA. Tipulah kalau hajar kata tak ada perasaan takut semua, mesti ada. Lagi2 berpesah dengan parents kan?! Actually, nie first time tau hajar akan terpisah dengan family dalam jangka masa yang hajar rasa memang lama sangat! Tapi ada seorang abang sedara hajar yang terpilih ke PLKN untuk Siri 8/2011 ada ceritakan pengalaman dia sepanjang dekat sana. Bila dengar2kan, macam best sangat. Excited pun ada tau! Tak sabar nak tunggu bulan 5 nie, HAHA. Well, "WIRAWATI NEGARA". Abang Shafiq cakap masa baru2 sampai memang kita akan berasa janggal sangat, sebab tak ada kawan, nanti dah beberapa hari akan ramai lah kawan. Yang penting kena bijak bergaul dengan orang lain. Jangan sombong semestinya !Abang Shafiq pun ada cakap nanti time masing2 nak balik rumah masing2, time tuu lah semua melalak2 sebab taknak terpisah. Yelaahkan, dekat sana dengan kawan2lah tempat kita bergelak ketawa semua, parents mana ada. Pandai2lah hidup sendiri kat sana nanti. Yang paling penting! belajar hidup berdikari tanpa bantuan orang lain. Semuanya kena buat sendiri kat sana nanti. Misi dan Visi bila pulang dari PLKN semestinya nak jadi orang yang berguna, and semestinya berkhidmat untuk NEGARA kan?! Bangga kan. Ma and ayah hajar pun mesti bangga bila hajar dah balik dari PLKN nie dah jadi "somebody". Mestilaaa, hajar anak last, before nie pun akak hajar tak terpilih pun, so bila hajar yang terpilih ma hajar pulak yang kecoh2 prepare barang hajar untuk ke PLKN nanti. HAHA. Rasa macam kelakar sangat! Hajar yang nak pergi, tapi orang lain pulak yang sibuk2. Hajar rilex jea. HIHI. Haaa, okayylah, nak tahu cerita selanjutnya, tunggu hajar update bila hajar balik dari PLKN nanti yaa! XOXO :') |